Peribahasa begitu penting dalam pengajaran bahasa. Dengan
adanya pengajaran dan pembelajaran peribahasa yang menarik dan berkesan,
kemahiran berbahasa para murid akan dapat dipertingkatkan. Ini bukan sahaja dalam
aktiviti penulisan ayat atau karangan, malah murid juga digalakkan untuk
menggunakan bahasa kiasan ini dalam aktiviti lisan sama ada lisan formal atau
sebaliknya. Lebih penting lagi, pengajaran peribahasa kepada generasi muda juga
akan dapat memastikan warisan bangsa tidak terus dilupakan. Mereka juga boleh
didedahkan dengan falsafah, pemikiran dan moral bangsa Melayu untuk dijadikan
pedoman hidup.
Dalam pengajaran peribahasa, satu cabaran yang kita semua
hadapi adalah untuk menggalakkan murid supaya bersikap positif dalam
pembelajaran peribahasa khususnya dan Bahasa Melayu amnya. Ramai yang
beranggapan bahawa pembelajaran Bahasa Melayu tidak ubah sebagai satu subjek
yang harus di atasi dan dicapai gred A1. Kadangkala sebagai guru, kita juga
terpaksa menggunakan pendekatan latih tubi yang sememangnya tidak kondusif
dalam pengajaran nilai melalui Bahasa Melayu. Yang ditekankan adalah peratusan
lulus yang dicapai. Akibatnya, kita kurang menerapkan pengajaran nilai dan
budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Dengan itu, kita harus
mempertingkatkan kesedaran dan melakukan apa sahaja yang terdaya dalam
mempromosikan pengajaran nilai melalui peribahasa dan juga menyampaikan adat
tradisi serta budaya dalam pengajaran Bahasa Melayu kita. Mudah-mudahan dengan itu,
murid-murid kita tidak sahaja akan mencapai gred yang cemerlang tetapi akan
juga memiliki rasa cinta dan bangga terhadap bahasa, budaya dan adat bangsa
mereka sendiri. Secara langsung, hasrat negara menerusi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek dan
keperibadian akan mampu direalisasikan pada masa hadapan
Tahniah, cikgu dah ada blog sendiri...
ReplyDeleteMohon mencedok teks cikgu untuk digunakan dalam ujian lisan. Terima kasih.
ReplyDeleteminta izin mencedok idea cikgu untuk tugasan saya
ReplyDeletemohon CP . Terima kaseh daun keladi.
ReplyDelete