Ilmu linguistik adalah suatu
lapangan pengkajian sains mengenai sesuatu bahasa. Seperti pengkajian
sains-sains yang lain, ia mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin,
sikap serta penggunaan metode-metode yang khusus pula.
Dalam konteks linguistik, bahan
yang dikaji ialah bahasa, samada yang masih dipertuturkan dewasa ini ataupun
bahasa-bahasa yang sudah mati seperti bahasa Yunani, bahasa Anglo-saxon
(Bahasa Inggeris tua) atau bahasa Sanskrit.
Pada tahun 1964, Universiti York
memperkenalkan Ijazah Bacelor Sastera (Bahasa) yang berteraskan linguistik.
Pada tahun 1965, ijazah yang sama diperkenalkan pula oleh Universiti Reading.
Manakala di Malaysia, bidang linguistik mula diperkenalkan pada tahun 1980
melalui penawaran program Ijazah Sarjana Muda Sains
Kemasyarakatan/Kemanusiaan/ Persuratan oleh Jabatan Pengajian Melayu,UM,
Jabatan Persuratan Melayu dan Jabatan Linguistik,UKM, Unit Pengajian Bahasa,
USM, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, UPM, dan Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.
Ilmu linguistik ini amat penting
kerana ia dapat diarahkan kepada berbagai-bagai tujuan : sebagai ilmu bantu
kepada ilmu-ilmu lain, sebagai satu alat dalam menyembuhkan penyakit afasia
dan penyakit-penyakit pertuturan lainnya, dan juga sebagai alat dalam
pembentukan sesuatu bangsa. Dalam konteks sistem pendidikan, bidang
linguistik dapat memberi khidmat yang langsung kepada pengajaran dan
perkembangan bahasa itu sendiri.
Pihak perancang dan pengajar
bahasa perlu tahu bukan hanya selok belok bahasa yang hendak diajarkannya
itu, tetapi juga konsep tentang bahasa. Dia harus tahu maksud bahasa,
bagaimana ia dikuasai dan apakah gunannya bahasa itu.
|
Yang kurik itu kendi, Yang merah itu saga, Yang molek itu budi, Yang indah itu bahasa.
Wednesday, 14 November 2012
Sumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment