Isu kesalahan-kesalahan umum dalam penggunaan kata dalam
media massa pada masa ini semakin membimbangkan. Menurut Presiden Persatuan
Pendidik Bahasa Melayu (PPBMM), Prof Madya Dr Hashim Othman, penggunaan bahasa
Melayu oleh media massa semakin merosot kualitinya. Pelbagai kesalahan bahasa
yang berterusan dikesan dalam pelbagai
program televisyen dan radio khususnya stesen swasta sejak akhir-akhir ini.
Contoh kesalahan paling kerap ialah penggunaan kata ganti
nama pembesar dan pemimpin negara yang disebut tanpa rasa sopan dan
hormat. Penggunaan kata ganti ‘kita
orang’, ‘korang’ dan ‘diaorang’, yang merujuk kepada ganti nama ‘kami’,
‘kalian’ dan ‘mereka’, yang kini meluas diguna dalam drama terbitan stesen
televisyen berbayar.
Kesalahan bahasa ini perlulah dibendung kerana pengaruh
media massa terhadap penonton, pendengar dan pembaca khususnya kanak-kanak
adalah sangat besar. Ini ditakuti akan membawa impak buruk terhadap
perkembangan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang tinggi berupaya
menjadi contoh ikutan kepada pelajar dan masyarakat. Bahasa Melayu yang didaulatkan
di segenap lapangan merupakan usaha murni yang bertepatan dengan Perlembagaan
Persekutuan yang memperuntukkan kedudukan istimewa bahasa melayu sebagai bahasa
Kebangsaan di dalam Perkara 152.
No comments:
Post a Comment