Tuesday 27 November 2012

CONTOH RPH BAHASA MELAYU (PEMULIHAN)



Matapelajaran             : Bahasa Melayu
Tarikh                          : 12 Oktober  2012
Hari                             : Jumaat
Masa                           : 9.10 – 10.10 am
Kelas                           : Pemulihan
Bilangan murid            : 6 orang
Tajuk                           : Haiwan Liar
Kandungan kemahiran           : 4.0 membaca
                                                     4.1 membina dan membaca suku kata kv
                                                     4.1.1 suku kata ( mengeja perkataan )
Pengetahuan sedia ada          : Murid pernah melihat haiwan di televisyen dan zoo.           
Hasil pembelajaran : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat :
a)    Menyatakan beberapa nama haiwan
b)    Mengeja dan membunyikan suku kata  kv dengan bimbingan guru.
c)    Menulis dan menyalin suku kata kv  di tempat kosong.
Penggabungjalinan     : Sains.
Unsur terapi                : Terapi motor kasar
BBM                            : video haiwan, kad gambar, kad perkataan, lembaran kerja.
Penerapan nilai           : bersungguh – sungguh
Kemahiran bahasa      : menulis, membaca.



Langkah/ Masa
Isi Pelajaran
Aktivti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 3 minit )
Tontonan video “Anak ayam”
1.Guru menayangkan video ‘Anak  
    ayam”.
2.Guru menonton video bersama
    murid.
3.Guru menyanyi bersama guru.
4.Guru menyoal murid berdasarkan    
   video tersebut.

1.Murid ditayangkan video ‘Anak
   ayam”.
2.Murid menonton video tersebut
    bersama guru.
3.Murid menyanyi bersama guru
   sambil menepuk tangan.
4. Murid bersoal jawab dengan guru.
a)Apakah haiwan yang terdapat
   dalam video tersebut.
BBM : video “Anak
           ayam”
 Nilai: keseronokan
           Belajar.

Perkembangan 1
(10 minit)
Haiwan liar

Kad bergambar : 

 
 
 






1.Guru menyoal murid.
a)Apakah nama haiwan yang kamu
    ketahui?
2.Guru memberitahu murid tentang
   pembelajaran hari ini.
3.Guru menunjukkan kad bergambar
   yang mengandungi gambar haiwan
   liar.
4.Guru menyoal murid.
a)Apakah nama haiwan ini?
b)Bagaimanakah bunyi haiwan ini?
1.Murid menyenaraikan nama haiwan yang mereka ketahui.
2.Murid mendengar penerangan guru mengenai proses pembelajaran hari ini iaitu haiwan liar.
3.Murid diimbas kad yang mengandungi gambar haiwan liar.
4.Murid menyebut nama haiwan berdasarkan kad bergambar tersebut.
5.Murid mengajuk bunyi haiwan berdasarkan gambar.
BBM : kad gambar

Perkembangan 2
( 12 minit)
Kad perkataan :
1.Guru menampal kad perkataan berdasarkan gambar haiwan liar di hadapan.
2.Guru membaca perkataan nama haiwan berdasarkan kad perkataan di hadapan.
3.Guru mengeja setiap suku kata berdasarkan perkataan.
4.Guru memilih seorang murid untuk mengaja 1 perkataan nama haiwan liar yang terdapat di hadapan.
1.Murid melihat guru menampal kad perkataan berdasarkan gambar haiwan liar yang sesuai di hadapan.
2.Murid mengulangi sambil melihat  kad perkataan nama haiwan dengan bimbingan guru.
3.Murid mengeja suku kata perkataan dengan bimbingan guru.
4.Murid dipilih oleh guru untuk mengeja dan membaca perkataan nama haiwan liar di hadapan.
BBM : Kad  bergambar, kad perkataan
Penutup
(5 minit)

Imbas kembali
1.Guru memilih murid untuk melengkapkan perkataan di hadapan.
2.Guru memberi pujian dan menepuk tangan untuk murid yang dapat menjawab dengan betul.
1.Murid menulis jawapan di hadapan.
2.Murid menepuk tangan bersama guru.
.
Refleksi:




























No comments:

Post a Comment