Wednesday 14 November 2012

Sumbangan bidang linguistik dalam pendidikan negara




Ilmu linguistik adalah suatu lapangan pengkajian sains mengenai sesuatu bahasa. Seperti pengkajian sains-sains yang lain, ia mempunyai bahan tertentu untuk dikaji, disiplin, sikap serta penggunaan metode-metode yang khusus pula.
Dalam konteks linguistik, bahan yang dikaji ialah bahasa, samada yang masih dipertuturkan dewasa ini ataupun bahasa-bahasa yang sudah mati seperti bahasa Yunani, bahasa Anglo-saxon (Bahasa Inggeris tua) atau bahasa Sanskrit.
Pada tahun 1964, Universiti York memperkenalkan Ijazah Bacelor Sastera (Bahasa) yang berteraskan linguistik. Pada tahun 1965, ijazah yang sama diperkenalkan pula oleh Universiti Reading. Manakala di Malaysia, bidang linguistik mula diperkenalkan pada tahun 1980 melalui penawaran program Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan/Kemanusiaan/ Persuratan oleh Jabatan Pengajian Melayu,UM, Jabatan Persuratan Melayu dan Jabatan Linguistik,UKM, Unit Pengajian Bahasa, USM, Fakulti Pengajian Bahasa Moden, UPM, dan Fakulti Bahasa dan Linguistik, UM.
Ilmu linguistik ini amat penting kerana ia dapat diarahkan kepada berbagai-bagai tujuan : sebagai ilmu bantu kepada ilmu-ilmu lain, sebagai satu alat dalam menyembuhkan penyakit afasia dan penyakit-penyakit pertuturan lainnya, dan juga sebagai alat dalam pembentukan sesuatu bangsa. Dalam konteks sistem pendidikan, bidang linguistik dapat memberi khidmat yang langsung kepada pengajaran dan perkembangan bahasa itu sendiri.
Pihak perancang dan pengajar bahasa perlu tahu bukan hanya selok belok bahasa yang hendak diajarkannya itu, tetapi juga konsep tentang bahasa. Dia harus tahu maksud bahasa, bagaimana ia dikuasai dan apakah gunannya bahasa itu.


No comments:

Post a Comment