Wednesday 14 November 2012

Mengapakah kita perlu meminjam istilah bahasa Inggeris untuk bidang sains dan teknologi?

Dalam konteks bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perkataan istilah bermaksud kosa kata khusus, yang digunakan dalam sesuatu bidang ilmu seperti sains, perubatan, ekonomi, geografi dan sebagainya. Contohnya istilah termometer digunakan dalam bidang sains, dan istilah indeks dalam bidang ekonomi. 
 Bahasa Melayu pada awalnya kekurangan kosa kata untuk meneroka bidang-bidang ilmu tersebut. Bahasa melayu dikatakan tidak mampu untuk menterjemahkan ilmu-ilmu dalam bidang-bidang yang asing atau ilmu-ilmu yang dipelopori oleh Barat. Untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai ilmu moden dan bahasa yang setaraf dengan bahasa-bahasa moden yang lain, bahasa Melayu harus mampu menjadi wahana dalam proses penyebaran ilmu-ilmu dalam bidang-bidang tersebut. 
 Atas desakan tersebut, bahasa Melayu telah mengalami era baru iaitu kemasukan istilah-istilah baru daripada bahasa asing. Dengan perkataan lain, bahasa Melayu telah meminjam kosa kata daripada bahasa asing khususnya bahasa Inggeris bagi memenuhi tuntutan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Peminjaman kosa kata daripada bahasa asing ini melalui proses-proses tertentu dan bukan dilakukan dengan sewenang-wenangnya.

Dalam bahasa yang lebih mudah, pengiktirafan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu akan mendorong berlakunya proses peminjaman istilah daripada bahasa-bahasa asing. Hal ini ada kaitannya dengan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan negara , iaitu bahasa yang digunakan dalam wahana ilmu mestilah bahasa yang mampu menguasai semua bidang ilmu moden.

No comments:

Post a Comment