Tuesday 13 November 2012

Maksud 'masalah' di dalam kajian tindakan


Di dalam kajian tindakan, maksud masalah merujuk kepada satu perkara yang ingin dicari jalan penyelesaiannya. Masalah ini merupakan sesuatu yang didapati tidak memuaskan, belum sempurna, terdapat kesukaran, sesuatu yang perlu diubah, sesuatu yang berjalan tidak seperti yang diharapkan.
Semua yang tersebut di atas menarik minat penyelidik untuk mencari jawapannya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk seseorang penyelidik itu membina satu masalah yang mudah, ringkas, jelas dan lengkap. Ia dimulakan dengan persoalan yang fokus atau tumpuan utama penyelidikan.
Misalnya dalam pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, tumpuan diberikan pada pelajar untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Antara kesemua kemahiran ini, kemahiran menulis paling sukar untuk dikuasai. Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mendapati pelajar menghadapi masalah bagi kemahiran menulis ayat dan menyatakan nilai murni di dalam Kertas 2 Bahasa Melayu. Mereka tidak mempunyai kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK), menyebabkan mereka hanya menyalin semula petikan yang diberi. Mereka tidak dapat menyatakan apakah nilai murni atau pengajaran yang diperoleh berdasarkan petikan tersebut.
Isu atau masalah ini jika tidak diberi perhatian oleh guru akan membantutkan kemampuan pelajar menjawab soalan tersebut. Ini kerana soalan menulis nilai murni menyumbang 20 markah dari 60 markah di dalam pemarkahan UPSR Bahasa Melayu Kertas 2. Jika tidak diperbaiki, masalah ini akan terus berulang sehinggalah mereka menduduki UPSR dan sudah pasti ini amat merugikan pelajar tersebut.
Setelah masalah di atas dikenal pasti, guru perlu menjalankan kajian tindakan yang berfokus untuk meningkatkan kemahiran menulis nilai-nilai murni dari petikan yang dibaca. Dengan ini diharapkan akan dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan dan secara tidak langsung akan meningkatkan peratus kelulusan sekolah.

5 comments:

  1. Saya telah membaca nota-nota yang dipaparkan oleh saudara. Saya dapati nota ini ringkas tetapi padat dengan ilmu dan maklumat yang boleh pelajari. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Ini sebahagian dari posts saya dalam forum. Saya postkan dalam blog untuk perkongsian ilmu bersama.

    ReplyDelete
  3. Terimakasih diatas perkongsian ilmu.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas post yang menarik

    ReplyDelete
  5. Playtech to launch its 2021 ford escape titanium hybrid
    Playtech will launch silicone dab rig with titanium nail its new hybrid in 2022, with titanium curling wand a titanium white dominus lighter version titanium engagement rings which can be used does titanium have nickel in it as a backup device for both mobile and online gaming.

    ReplyDelete