Thursday 29 November 2012

Perbezaan di antara prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri


Di dalam pendekatan inkuiri, keperluan ingin tahu dalam murid membuatkan mereka ingin meneroka sesuatu bidang ilmu. Pendekatan inkuri bermatlamat mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek dengan membangkitkan persoalan sekaligus mencari jawapan kepada persoalan tersebut.
Sementara itu, pendekatan masteri merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid di dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Pembelajaran masteri memberi peluang kepada murid untuk maju berdasarkan kebolehan dan kadar pembelajaran murid itu sendiri serta dapat meningkatkan tahap penguasaan pembelajarannya.
Secara ringkas, perbezaan di antara prinsip pengajaran dan pembelajaran menggunakan pendekatan inkuiri atau masteri, saya huraikan seperti berikut;
Bagi murid yang lemah atau menghadapi masalah pembelajaran, pendekatan inkuiri agak membebankan mereka. Ini kerana pendekatan ini memerlukan mereka untuk berfikir, mengumpul serta memproses maklumat dan mencari jawapan kepada persoalan yang diberi. Contoh soalan; mengapakah pisau yang dibuat dari besi menjadi bengkok bila dipanaskan?
Sementara pendekatan masteri merupakan satu pendekatan yang berpandukan tahap penguasaan murid. Dimulakan dengan penetapan hasil pembelajaran, dan diikuti dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kadar kemampuan murid, adalah diharapkan murid berjaya menguasai kemahiran dan pengetahuan yang disampaikan oleh guru. Selepas itu, satu penilaian akan dibuat di mana murid yang berjaya menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pengayaan dan murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan aktiviti pemulihan.

1 comment:

  1. Terima kasih di atas penerangan yang diberikan, antara pendekatan inkuiri dan masteri, pada pendapat saya kedua-duanya mempunyai kelebihannya tersendiri.

    ReplyDelete